Wednesday, May 16, 2012

Braces Diary kot


Ohmaigod. Wifey sapekah bergigi dawai berbiru bagai neh? Raksaksa pon buleh larik kalau tengok hokek.

Ini kerje engkau dalam bilik sensorang yea.



Sabarlah Sabariah..



Monday, May 14, 2012

The hubs turns 32!



Semalam adalah harijadi suami. Sambutan tidaklah secara hebat hebatan. Mula mula tak nak beli cake pon, tapi dad yang beriya sakan nak belanja anak menantu. Lalu, cake harijadi suami dipilih mengikut selera tekak anak sendiri. Maka dapatlah kami sekeluarga merasa akan kesedapan menjilat jari jemari sewaktu men-makan jelly cake harijadi suami. Sedap dan comel sungguh. Sampai nak potong pon rasa sayang menyayang.  *Tengok muka sang isteri yang teruja akan cake itu mengalahkan tuan punya birthday pulak* 

Lepas sesi meniup lilin bagai, peluk peluk, suap menyuap cake ke arah satu sama lain, kami semua terus pegi bersantai dan makan makan di Publika Solaris. Simple tapi penuh bermakna sebab dapat bersama semua yang saya sayang. Kalau mom mertua ada lagi meriah. Mesti dia kena paksa joget lambak dengan menantu macam dulu dulu. Ha ha ha

Hadiah untuk darling husband dibeli dengan cepat cepat sewaktu ketiadaan dia. Cuak pon ade jugak, walaupon mintak izin dengan dia sebelum keluar tapi terpaksa melakukan penipuan sunat, eh pepandai aje kan engkau cakap sunat ke tidak. Nasib baik misi itu berjaya dan yang penting suami tersangat gembira. Hilang rasa macam nak muntah hijau menghadap traffic dari rumah nak ke The Gardens. Walaupon hadiah ku itu tidaklah sehebat kota London atau New York City, ececeh nih sape yang teringin nak ke NYc bagai nih engkau ke husband?

Okay, gurau tu gurau. Ni yang betul betul punya..

Happy Birthday to the most supportive and understanding husband ever!! I am very thankful for all the joy you brought into my life. May our love will be till Jannah, Insyaallah :)

Selingan iklan shopping menyoping cap ibu dan bapa. Weekend lepas bawak mereka ke Bukit Bintang. Jalan jalan sampai balik rumah masing masing berebut Ogawa. 

Suami sudah 32. Saya pula bakal menjadi 21. Eh eh muda lagi cik puan besaq rupanya. Ha ha ha. Hati mudo lah katakan. Umur 31 pon nak forever 21 memanjang kan engkau banyak cantik...........!


Tak sabar nak jadi mummy lah kalau macam tu! 


Pengakhiran yang tidak semena mena. Maafkanlah saya.

Thursday, May 10, 2012

Nasi Arab, Chicken Saffron

Hubby cakap tak payah susah susah pegi sampai ke Saba lah nak makan haneeth atau mandy sebab saya masak lagi sedap. Wah terus rasa nak masak nasi arabbbb aje sepanjang kehidupan ini. Ha ha ha


Sepatutnye masak dengan lamb lagi meleleh air liur. Tapi mana nak pegi carik kambing, pasar pon sekali dua aje kami pegi sepanjang duduk kat KL nih. Semua barang dapur kite beli kat Carrefour atau pon Cold Storage aje, itu pon sebab dekat rumah. 

Nasi Arab ni sama dengan recipe yang lepas lepas jugak, cuma kali nih ditambah Saffron ke dalam nasi dan jugak ayam. Maklum lah stock saffron tengah banyak sebab mom belikan masa diaorang pegi Istanbul tu. Murah katanye dari sini.. Kira tahan lah sampai raya nanti..

 Kalau nak jimat buleh tanam lah sendirik belakang rumah ha ha ha 

Cucumber raita. Cucumber yang diparut halus, tambah fresh yogurt..  Memang penyejuk tekak sangat. Letak dalam fridge, nak makan baru keluarkan.



Taadaaaa.. Sampai licin semua makan nasi arab saya hari nih :))

Esok cuti. Nak pegi berliburan dengan ibubapa. Lusa pon gayanye tak memasak lah aku sepanjang mereka kat sini. Hew hew hew..

Wednesday, May 9, 2012

Bubur Nasi Berlauk bagai

Semalam kasi ketat sama itu braces lagi. Sekali ortho taruk power chain atas bawah, hari nih terus tak mampu nak mengunyah langsung. Punye lah sengal kalau nak makan jangan cakap lah. Naseb baik bukan minggu depan, kalau tidak.. hu hu hu tak mampu aku nak bayangkan kesengsaraan macam gitu.

Tapi yang bestnye bulan nih aku pakai wire color baby blue.  Wah bajet  comel letteww. Comel punye pasal sakit pon bertabahlah jugak..

 
Jadi hari nih, tak nak fikir lama lama bila masuk kitchen, memang dah sedia almaklum lah bahawasanye aku hanya buleh makan porridge aje.

Walaupon makan bubur nasik, tapi selera tetap besau jugak. Bubur bukan sebarang bubur nokz, engkau jangan main main. Ini bubur nasi berlauk suka hati. Ha ha. Bubur nasik nih dimasak macam biasa, kali nih tak tumis langsung dengan bawang ke apa.. cuma campakkan halia sikit rebus kan dengan udang dan crabstick nak bagi rasa manis dan lemak. (sebab itu aje stock yang ada dalam magic fridge ku itu..)

Lepas tu  wifey menjadi rajin lagi, dia masak daging berempah pulak, goreng ikan bilis dan rebus telur masin. Wah, wifey sapa lah tu? Awat yang rajin tak tentu hala sangat nih taktau? Ha ha ha. Jangan lupa, cili kicapnye kena hado, kalau tidak mana nak kick bubur engkau nanti. Boring aah kan. Padahal baru minggu lepas kena gastric macam nak fengsan.. Tak sedar diri lagi makan pedas pedas. Dan paling penting, bawang putih goreng bersama minyaknye untuk dicurah ke atas bubur tu nanti. Baru malatopsss.


Daging berempah versi wifey. Ingatkan dah guna daging batang pinang kira lembut lah buleh gak aku ratah banyak banyak. Takde nye engkau. Kena potong kecik kecik pastu tabur atas bubur baru buleh hadap. Itupon terkial kial jugak menguyah macam baby baby.. Awww.

Esok ibubapa nak datang. Yeayeay. Cadang nak masak nasi arab. The Other Half pon dah sibok nak makan nasik arab dari minggu lepas, cuma kiter cakap tunggu esok aje, sebab buleh masak sekali gus untuk semua orang sekali. Jimat tenaga sikit. Aparar punye malas.. Ha ha ha


Hari hari yang seterusnya berfoya foya lah aku macam madam besar.

Tuesday, May 8, 2012

Travel Must Haves gitew..


Kalau bab nak bejalan bukan main siap sedia mental dan fizikal. Kalau nak sidai baju, terus rasa lemah emosi zahir dan batin. Belum masuk bab lipat baju sebakol lagi. Eee tak suka tak suka buleh membawa kepada keadaan stress berulang kali.

Okay drama.

Kurang lebih dua minggu sudah nak bercuti dan bercinta cintaan di kota itu. Justeru, ia telah menyebabkan saya menjadi semakin glowing tak tentu hala. Sambil makan pon tersenyum simpul, sambil masak pon buleh berangan angan nak membelah belah bagai. Choi lah.

Semalam beriya iya mengemas rumahtangga dan membelek baju baju yang nak dibawa bersama. Hajat di hati nak beli trench coat baru, tapi tengok lah keadaan duit tabung macam mana. Last weekend dah sambar beberapa helai baju dan jeans dekat Forever21. Belom pegi London aku dah sengkek. Hubby dok bising sebab setiap kali nak bejalan sibok nak membeli itu ini baru. Jangan kata baju, body lotion pon nak bawak yang baru punya. Ha ha ha. Payah lah macam ni kan. Balik penang pon sanggup pegi carik tshirt baru engkau. Bini oh bini.

Baiklah. Ini antara barang dan kelengkapan yang wajib lah kita bawa kalau nak travel jauh jauh dengan keadan cuaca yang tak agak agak. Mari ambik iktibar bersama.

1. Trench coat adelah kemestian. 
Mai lah spring ke summer ke, kalau dah tuan punye badan memang tak tahan sejuk.. pegi Gold Coast pon aku rasa macam nak pakai coat sambil jalan tepi pantai sebab sejuk nak mampuih. Tapi takde lah pakai pon, acah aje. Kang terkesima pulak ikan di lautan itu.  

2. Gloves, pocket warmer ( yang comel polka dot pink& black itu ), muffler bawak lah jugak sebagai bekalan.
Bukannye rugi pon dah bawak beg besar gabak, sumbat aje kan. Baru lah photo nampak pelbagai sket nokz.

3. Hand & body lotion, moisturizer, lip balm dan pekakas make up lain
 Habuan nak tenyeh di muka agar diri kelihatan hebat di rantau orang. Sebab bila dah bertukar cuaca, kulit yang oily pon akan jadi kering luarbiasa kan. Pakai lah apa yang perlu, janji jerawat tak naik dan merosakkan mood berhollymoon.

4. Kompas
Sekarang zaman moden, dekat ipad pun dan ade App utk donlod kan kompas dan waktu waktu solat bila di rantauan. Engkau jangan nak mengelat yea, jalan jalan jugak.. jangan lupa dan sombong diri dengan Allah. Sejadah buleh bawak yang kecik aje, senang lipat masuk dalam bag.

5.Pasport/visa perjalanan/ doc sewaktu dengannya.
 Hahahahah. Yang ni kalau engkau lupa, hai hai bye bye aje lah nokz. Memang tak dapat mak nak nolong. Tolong tampar nak?

6. Bekalan ubat ubatan yang tak terlampau. 
Bukan apa, kalau bawak sendiri lagi senang dari nak terkial kial mencari pharmacy di sana nanti. Kalau saya, yang wajib adelah Activefast Panadol, Diflam untuk sakit tekak/tonsils, Clarinase untuk flu, Pil Chi Kit Teck Aun kot kot lah terkena cherry berry kan. Ewww mintak simpang nokz. Dah lah susah nak cari wash room beserta air. Takkan nak calit calit aje..Mak aaih.. Too much info plak. Heee.

7. Sunglasses. Obviously to look like Posh sewaktu di rantau. Tapi jangan lah lupa pulak bawak extra lens dan multi purpose lens solution bagi yang rabun tapi nak berlagak diva nih. Ha ha. Aku letteww.

8. Books, camera, ipad. Bila boring buleh baca buku ambik gambar dan bermain game.

9. Chocolate Dove. Kalau tetiba terasa stress sebab jet lag, kunyalah Dove berulang kali. Makanan lain tu tak payah lah nak angkut, sebab menyusahkan engkau aje takkan pegi sana pon sibok nak menumis bagai? Ha ha. Cari hotel yang dekat dengan resto halal, paling cikai pon kebab. Kalau aku dapat makan kebabs, dah lupa terus akan nasik dan sambal belacan. 

Okay ini adelah antara yang penting dan yang ada dalam kepala sekarang. Selalunye list ini memang akan bertambah dari masa ke semasa selagi aku tak bertolak. 

10. Oh ya, paling penting ( macam mana aku buleh letak di akhir entry nih..) jangan lupa bawak dan heret Finance Minister sekali. Kalau tidak, sia sia lah percutian engkau Sabariah..


Hew hew hew * jelir lidah*

Thursday, May 3, 2012

Bittersweet konon..

Travel checklists. How many of you rely and depend on this before packing up? 

1. Wahh gitew! Lama tak hupdet entry tak semena mena keluar travel checklists bagai hokey. Ilmiah tidak? Ha ha. Saya adelah orang yang memerlukan benda alah ini, tak kisah lah nak pegi mana pon, balik penang pon sibuk nak buat list jugak. Sebab aku nih kalau travel bukan setakat bawa kain baju aje, segala macam mak nenek aku bawa sampai mampat dan padat. Kalau closet tu buleh bawak skali, memang dah lama aku sumbat jugak.. Ha ha ha

2.BFN. Yeah, big fat Nay!! Okay, perasaan takde lah terkeciwa sangat, sebab dah tau chances pon kurang untuk mencapai kejayaan. Another cyc to go, kali nih dengan lebih extreme gitew Insyaallah sebelum Ramadan. Okay buleh nangis sekarang. Kejayaan sampingan yang aku dapat kali ini adelah seperti jerawat macam nak rak dua minggu lepas, berat turun 1 kilo lemak, gastric yang melampau dua hari lepas dan dapat pegi London dengan hati yang tenang. Kau mampu nokz? Ha ha ha ha. Tampar kang. Alhamdulillah, kedewasaan hari ini dah banyak mengajar aku menjadi lebih bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Takde setitis pon air mata kali ini :)

3. Aktiviti memasak secara ala kadar aje. Lepas kena gastric hari tu, doc cakap kena kurangkan makan pedas sebelum gastric aku jadik lagi teruk. Terus sentap takde selera langsung nak makan. Takkan lah nak hadap sup tiap tiap hari kan, macam tak keruan pulak rasa.

4. Hadiah harijadi belum dicarik lagi untuk suami. Dia nih simple simple aje, takde lah demanding sangat. Tapi aku pulak yang ter-over eksaited sebab setahun sekali mencari hadiah untuk dia dengan duit tabung sendirik. Ha ha ha

5. Eh eh tak lama lagi dan nak berpuasa uols. Lepas tu rayaaaaa! Tema tahun nih belum decide lagi, malas nak pilih awal awal sebab buleh mengundang pergaduhan suami isteri sebab dua dua orang ego dengan ketaksuban color kegemaran masing masing. Okay raya raya jugak, puasa dah habis bayar ke belum engkau nih? Naseb baik tahun lepas saya dapat puasa penuh :)

6. Harap harap buleh balik penang kejap, rasa rindu pulak. Padahal baru sangat balik sana masa kenduri hari tu. Mom ajak teman dia pegi Bandung nanti. Okay lah tu, rezeki jangan ditolak. Heh heh


Ni pon rezeki jugak. Stress-free. Kalau tak makan buleh gila ketagihan kejaps.

Sunday, April 29, 2012

May 2012


Hew hew hew

Sibok sangat nak huplod jugak. Ticket pon tak beli lagi.
Susah lah kalau macam nih.

Benda yang senang pon buleh jadi pening bila kenangkan bab ttc dengan nak bercuti bagai lagi.
Punye lah gigih aku mencari info, travelling during first trimester, air travel during pregnancy, how safe is travel in long journey flight, 10 tips for pregnant travellers ( ni paling tak buleh blah ha ha ) dan bla bla bla
Eh eh eh apesal yang engkau beriya sangat tak tentu hala neh sash? Hahahahaha

Bukan apa
Aku nih kadang kadang bila jauh berjalan, jauh jugak yang aku fikirkan
Kalau bukan sebab iuicycle dah lama selamat duit tabung sebab ticket masa promotion hari tu jauh lebih murah dari sekarang.

Tapi memandangkan bulan depan adelah hari kebesaran aku dan The Other Half, ha ha ha pejam mata cukup lah macam takde apa apa berlaku.

Tapi hati risau. Kot kot la kan..
Tunggu la sehari dua lagi macam mana. Naseb engkau lah.

Rezeki Allah nak bagi kan, dalam macam macam bentuk.. Tak dapat yang itu, dapat la yang ini.
Bersangka baik lah selalu pada Allah.
Doakan yang baik baik aje.


Selamat datang May bulan cinta!